My Add

Monday 22 July 2013

Isma hantar memo kepada duta AS

 * RIBUAN ahli Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyanyikan lagu kebangsaan tanda sokongan kepada bekas Presiden Mesir, Mohamed Mursi di pekarangan Tabung Haji, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR, AHAD, 21 Julai, 2013: Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mendesak Amerika Syarikat (AS) tidak mencampuri hal pentadbiran kerajaan Mesir.

Desakan itu disuarakan melalui penyerahan memorandum oleh Timbalan Presiden Isma, Aminuddin Yahaya kepada wakil kedutaan AS di pejabat kedutaan tersebut kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

Aminuddin berkata, memorandum itu juga diserahkan bagi menuntut kerajaan AS menolak dan tidak mengiktiraf penubuhan Kabinet sementera Mesir sebagai kabinet yang sah.

"Isma juga menuntut AS dan mana-mana negara Barat berhenti campur tangan dalam hubungan pentadbiran kerajaan Mesir," katanya kepada pemberi di sini hari ini.

Sebelum penyerahan memorandum itu, kira-kira 700 penyokong Isma berhimpun secara aman di pekarangan bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak dekat sini, dengan membawa sepanduk antaranya bertulis 'Amerika Jangan Iktiraf Kerajaan Tentera'.

Selasa lalu, majlis angkat sumpah jawatan anggota Kabinet kerajaan sementara Mesir dibuat selepas tercetus pertempuran berdarah antara pihak tentera dan penyokong bekas Presiden, Mohammed Mursi.

Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi yang memainkan peranan menggulingkan Mursi pada 3 Julai lalu dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pertama dan Menteri Pertahanan dalam kerajaan sementara yang diketuai ahli ekonomi liberal, Hazem al-Beblawi.

Pada 4 Julai lalu, Menteri Pertahanan Mesir, Panglima Tentera, Abdel Fattah menerusi televisyen mengumumkan Mursi digulingkan angkatan tentera negara itu.

Abdel Fattah juga mengumumkan Perlembagaan yang dicadangkan oleh parti Islam tersebut dibekukan dan bakal mengadakan pilihan raya Presiden dalam tempoh terdekat. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment