My Add

Monday 22 July 2013

Pengambilalihan Pontian Plantations tidak munasabah - Penganalisis

KUALA LUMPUR, AHAD, 21 Julai, 2013: Rancangan Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) mengambil alih Pontian United Plantations Bhd. (Pontian Plantations) melibatkan sebanyak RM1.2 bilion dilihat tidak munasabah dan terlalu tinggi.

Perkara itu ditegaskan blogger Bigdog, http://bigdogdotcom.wordpress.com yang melihat rancangan tersebut seperti 'membiayai' seorang pemimpin DAP serta anak- anaknya yang dikatakan menguasai majoriti saham dalam syarikat berkenaan.

Menurutnya, kalangan penganalisis terutama RHB Research Institute Sdn. Bhd. juga berpandangan nilai pengambilalihan itu terlalu tinggi dengan transaksi pertama melibatkan RM195 juta untuk 23.81 peratus saham Pontian Plantations yang kini dipegang TSH Resources Bhd. (TSH Resources).

"TSH Resources sebelum ini pernah mencuba mengambil alih Pontian Plantations bagi RM90 sesaham yang merupakan 14.5 kali nisbah harga pendapatan (PE) pada tahun lalu tetapi gagal. Satu lagi fakta menarik ialah apabila TSH Resources ditawarkan mengambil alih Pontian Plantations, harga purata minyak sawit mentah (CPO) adalah RM3,200 satu tan.

"Tawaran semasa yang dicadangkan sebanyak RM140 sesaham kini adalah pada tahap yang mana CPO adalah RM2,300 satu tan,'' katanya.

Menurut laporan akhbar, FGV bercadang memperuntuk sebanyak RM1.21 bilion bagi mengambil alih Pontian Plantations yang memiliki lebih 16,000 hektar tanah terutama di Sabah.

Keputusan itu dibuat dalam tempoh tidak sampai dua minggu selepas FGV mengumumkan akan melabur sebanyak RM283.5 juta dalam tempoh lima hingga enam tahun akan datang untuk membangunkan tanah yang baru diperoleh di Kalimantan Barat, Indonesia. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment