My Add

Monday 22 July 2013

Jangan pertahankan Syiah - Jamil Khir

SUNGAI PETANI, AHAD, 21 Julai, 2013: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom membidas pihak tertentu yang menggunakan hujah kebebasan hak asasi untuk mempertikaikan keputusan kerajaan mengharamkan ajaran Syiah diamalkan di negara ini.

Tegas beliau, ini kerana pengharaman itu berdasarkan hukum dan nas al-Quran serta hadis yang bertujuan untuk memelihara akidah umat Islam dan tidak timbul soal langkah itu menyekat hak asasi manusia.

"Hak asasi manusia ada batasnya dan Malaysia ada cara cara tersendiri dalam menangani ajaran Syiah.

"Pihak ini (golongan mempertikai) buatlah kerja lain yang lebih berfaedah kerana dalam pentadbiran negara, kita ada hukum-hukum terbaik di mahkamah syariah, kalau mahu berbicara tentang kebebasan hak asasi manusia, kita boleh buat apa sahaja, termasuk membunuh (pesalah)," katanya.

Ahli Parlimen Jerai ini berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Ihya' Ramadan dan Penyerahan Sumbangan Amal Jariah sempena sambutan ulang tahun ke-29 Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), di sini semalam. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment