My Add

Thursday 25 July 2013

Jepun kerah jet usir pesawat China

TOKYO, KHAMIS, 25 Julai, 2013: Jepun mengerahkan beberapa jet pejuangnya untuk mengusir sebuah pesawat tentera China yang memasuki ruang udara berhampiran kawasan pertikaian antara kedua-dua negara terbabit yang terletak Lautan Pasifik, semalam.

Menteri Pertahanan Jepun, Itsunori Onodera dalam kenyataannya berkata, pesawat China itu terbang di antara pulau Okinawa dan pulau kecil Miyako di selatan negara ini sebelum berpatah semula ke Laut China Timur.

"Saya percaya tindakan China itu ada kaitan dengan rancangan Beijing untuk memperluaskan kawasan maritim," katanya. - REUTERS/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment