My Add

Thursday 25 July 2013

Kebakaran besar di Manila, 1,200 hilang tempat tinggal

MANILA, KHAMIS, 25 Julai, 2013: Lebih 1,200 penduduk kehilangan tempat tinggal selepas kawasan setinggan yang didiami musnah dalam kebakaran di sini, semalam.

Pegawai bomba, Douglas Guiyab berkata, sekurang-kurangnya 250 buah rumah musnah dan sebuah sekolah rendah rosak teruk dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Pasay City.

Bagaimanapun, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan. - DPA/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment