My Add

Sunday 21 July 2013

Kanak-kanak tidak sempat berbuka puasa maut dirempuh kereta

Oleh ROKIAH ABDULLAH

LUMUT, SABTU, 20 Julai, 2013: Hasrat seorang kanak-kanak untuk berbuka puasa dengan juadah kegemarannya tidak kesampaian selepas dia maut dirempuh sebuah kereta yang terbabas di depan rumahnya di Kampung Permatang, Jalan Teluk Rubiah di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, Mohammad Darwisy Rahman Mohmmad Daliman, 12, sedang menunggu untuk melintas jalan bagi membeli juadah berbuka puasa di sebuah bazar Ramadan di seberang rumahnya. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment