My Add

Tuesday 9 July 2013

Kaunter zakat PPZ-MAIWP dibuka sepanjang Ramadan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 08 Julai, 2013: Kaunter Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan beroperasi setiap hari dari 8.15 pagi hingga 4.30 petang sepanjang Ramadan, termasuk pada cuti umum.

Menurut kenyataan PPZ-MAIWP, pembayar boleh menunaikan semua jenis zakat iaitu pendapatan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, perniagaan, saham, wang simpanan, emas serta pembayaran fidyah.

Kaunter PPZ-MAIWP boleh didapati di Shamelin Perkasa, Masjid Negara, Wangsa Maju, Putrajaya Presint 9, Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Daruzzakah, Masjid Al-Imam Al-Ghazali Kepong, Masjid Abd Rahman bin Auf Jalan Puchong, UTC KL Pudu Sentral dan Kompleks Ujana Kewangan Labuan.

Segala taksiran atau pertanyaan boleh dibuat melalui pusat panggilan PPZ-MAIWP di 1-300-88-5757. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment