Langkah BNM galak peminjam bertanggungjawab
KUALA LUMPUR, ISNIN, 08 Julai, 2013: RHB Research menjangkakan yang langkah Bank Negara Malaysia mengekang peningkatan hutang isi rumah ialah untuk menggalakkan peminjaman yang lebih bertanggungjawab ke atas pembiayaan tidak bercagar.
Jumaat lepas, bank pusat mengumumkan yang ia akan melaksanakan satu set langkah-langkah, yang berkuat kuasa serta merta, untuk mengelakkan hutang isu rumah yang berlebihan dan memperkukuh amalan pemberian pinjaman bertanggungjawab oleh pemberi kredit utama.
Antara langkah-langkah itu ialah mengehadkan tempoh maksimum pinjaman peribadi kepada 10 tahun dan pembiayaan pembelian hartanah kediaman kepada 35 tahun dan melarang penawaran produk pembiayaan peribadi yang diluluskan terlebih dahulu.
Turut termasuk ialah penetapan nisbah khidmat bayaran hutang yang membolehkan isi rumah mempunyai penampan kewangan mencukupi untuk melindungi mereka daripada kenaikan kos dan kejadian yang tidak dijangka.
RHB Research dalam satu nota hari ini berkata yang kesan ke atas dasar baharu itu akan lebih dirasai oleh institusi kewangan bukan bank (NBFI) yang lebih banyak bergantung kepada PF.
Sementara itu, ia juga telah menaraf turun nilai saksama Malaysian Building Society Bhd dan Aeon Credit, masing-masing kepada RM3.10 dan RM15.10, yang diniagakan pada penilaian premium. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment