My Add

Wednesday 17 July 2013

Kerajaan sedia bincang guna sistem biometri

KUALA LUMPUR, RABU, 17 Julai, 2013: Kerajaan sedia membincangkan penggunaan sistem biometrik bagi menggantikan dakwat kekal seperti cadangan asal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, syor yang dikemukakan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) itu disifatkan sebagai langkah terbaik berikutan pelbagai pertikaian berhubung penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum lalu.

"Itu cadangan yang terbaik, kita akan pastikan supaya perkara ini dibincangkan," katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Shahidan berkata, cadangan menggunakan dakwat kekal dalam PRU-13 telah dikemukakan wakil pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

"Cadangan ini telah dikemukakan Gombak (Azmin Ali) dan kita ikut. Ada juga yang tidak bersetuju dan marah apabila kita ikut kata pembangkang, sedangkan SPR mencadangkan supaya digunakan kaedah biometrik," katanya.

Dalam pada itu, Annuar ketika mengesyorkan penggunaan sistem biometrik berkata, polemik dakwat kekal terus berpanjangan disebabkan terdapat pihak yang kalah enggan menerima kekalahan mereka. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment