My Add

Sunday 7 July 2013

Ketua kongsi gelap mati ditetak

Oleh NORAZRIN MARZUKI

HULU SELANGOR, SABTU, 06 Julai, 2013: Seorang lelaki dipercayai ketua kumpulan kongsi gelap maut selepas diserang dan ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki bertopeng di sebuah stesen minyak di Batang Kali di sini petang semalam.

Dalam kejadian pukul 6 petang itu, N. Sangar, 33, atau lebih dikenali sebagai Sangker cedera parah akibat ditetak di belakang kepala dan putus tangan kiri selain beberapa kecederaan di bahagian lengan.

Menurut jurucakap polis, ketika kejadian, mangsa berada di pusat cuci kenderaan sebelum muncul lima hingga tujuh lelaki bertopeng yang menaiki tiga buah kereta jenis Honda Civic, Proton Persona dan Proton Saga lalu menyerang mangsa.

"Mangsa melarikan diri ke kawasan stesen minyak berdekatan namun kesemua suspek mengejar lalu menyerang dan menetaknya. Suspek kemudian melarikan diri dipercayai menuju ke arah jalan lama," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment