My Add

Sunday 7 July 2013

Kolej YPC lancar Biasiswa Tun Dr. Mahathir bantu pelajar

KUALA LUMPUR, SABTU, 06 Julai, 2013: Sebanyak 300 pelajar Kolej Teknologi YPC-iTWEB (Kolej YPC) di bawah Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) berpeluang mengikuti Kursus Asas di kolej itu secara percuma menerusi Biasiswa Tun Dr. Mahathir yang dilancarkan hari ini.

Pengerusi Kolej YPC, Datuk Seri Ali Alhabshee berkata, biasiswa itu akan ditawarkan setiap tahun kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan sederhana dan rendah tanpa mengira kaum.

Katanya, pelajar berkenaan boleh mengikuti kursus asas dalam beberapa bidang sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda.

Bermula tahun ini, ujar beliau, pihaknya akan memberikan biasiswa berjumlah RM8,600 kepada pelajar yang dipilih untuk mengikuti kursus asas.

''Ini dapat membantu mereka meneruskan pengajian selepas tidak mendapat bantuan kewangan daripada pihak lain," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian Konvokesyen Kolej Teknologi YPC-iTWEB di sini hari ini.

Majlis yang dirasmikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu turut dihadiri isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Syed Ali berkata, biasiswa itu dinamakan sempena nama Dr. Mahathir bagi memberi semangat dan inspirasi kepada pelajar kolej tersebut untuk terus berjaya dan cemerlang dalam pelajaran.

Sementara itu, tambahnya, sehingga kini kolej itu mempunyai sebanyak 1,500 penuntut yang mengikuti kursus dalam bidang seperti Pengurusan Perniagaan, Perakaunan dan Teknologi Maklumat dan Perkomputeran Multimedia.

Katanya, sasaran menambah lebih ramai penuntut di kolej itu akan dilaksana secara berperingkat supaya dapat disesuaikan dengan peningkatan infrastruktur dan tenaga kerja.

Sehingga kini, tambah beliau, Kolej YPC mengadakan kerjasama dengan Universiti John Moores Liverpool di United Kingdom bagi program berkembar dalam beberapa bidang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment