My Add

Tuesday 9 July 2013

Konvoi berjaya tamat ekspedisi

Oleh MD. AZRIN ROSLY dan AHMED SYAHRIL ZULKEPLY

 * KONVOI Kembara Queen Street tiba di pekan Rembau, Negeri Sembilan ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR, ISNIN, 08 Julai, 2013: Selepas tiga hari berkonvoi demi menyempurnakan misi Kembara Queen Street (KQS), sebanyak 28 peserta bermotosikal terdiri daripada kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad selamat tiba di ibu pejabat, di sini hari ini.

Ketibaan konvoi KQS disambut Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad, Pengarang Utusan Malaysia, Hassan Mohd. Noor dan kakitangan Utusan Melayu.

Ketua konvoi KQS yang juga Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan berkata, perjalanan selama tiga hari dua malam melalui Johor Bahru, Singapura, Melaka dan Negeri Sembilan bagi menjejaki sejarah penubuhan Utusan Melayu itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment