My Add

Tuesday 9 July 2013

KP1M bawa Riduan jumpa isteri minggu ini

Mohd. Riduan, Nur Idayu
KUALA LUMPUR, ISNIN, 08 Julai, 2013: Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dijangka membawa Mohd. Riduan Abd. Razak, 34, bertemu isterinya, Nur Idayu Abd. Aziz yang dilarikan ke Pasuruan di wilayah Surabaya, Indonesia minggu ini.

Mohd. Riduan berkata, perkembangan itu diperoleh menerusi perjumpaan selama kira-kira 30 minit dengan Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim di bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Menurutnya, dia difahamkan wakil KP1M akan ke Jakarta esok atau lusa untuk mendapat maklumat awal sekali gus menguruskan prosedur membawa pulang isterinya.

“Jika segalanya berjalan lancar rombongan KP1M yang diketuai Abdul Azeez sendiri serta saya ke sana," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Menurut Mohd. Riduan, Abdul Azeez berpesan kepadanya supaya bersabar dan berjanji membantu sebaik mungkin bagi menyelesaikan kes itu.

Nur Idayu dipercayai dilarikan empat warga Indonesia 22 Jun lalu yang sebelum itu diupah membuat pengubahsuaian rumah ibu bapanya di Felda Bukit Sagu 2 di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment