My Add

Tuesday 16 July 2013

Lebih 20 Klinik 1Malaysia akan dibina - Najib

KUALA LUMPUR, ISNIN, 15 Julai, 2013: Kerajaan akan membina lebih 20 buah lagi klinik 1Malaysia sebagai tambahan kepada kira-kira 50 buah yang sedang beroperasi di seluruh negara ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu melalui laman Twitternya berkata, langkah tersebut merupakan usaha bagi meningkatkan kesihatan rakyat.

"Lebih 20 lagi Klinik 1Malaysia akan dibuka di seluruh negara. Suatu usaha untuk melestarikan penjagaan kesihatan bermutu untuk semua," kata Najib sebagaimana dipetik di twitternya hari ini.

Klinik 1Malaysia diperkenal bagi membantu rakyat khususnya yang berpendapatan rendah mendapat pemeriksaan kesihatan dengan kadar serendah RM1 sebagai sebahagian pelan transformasi.

Idea mengenai penubuhan klinik tersebut bertepatan dengan konsep 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan dengan peruntukan awal berjumlah RM10 juta.

Perdana Menteri juga menerusi laman twitternya berkata, kerajaan berterusan berusaha memastikan keselamatan pelajar Malaysia di Mesir terjamin.

"Kita sedang bekerjasama dengan kerajaan Mesir untuk terus memastikan keselamatan penuntut-penuntut kita di sana," ujarnya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment