My Add

Saturday 20 July 2013

Letupan kuari: Polis terima 39 laporan mengenai kerosakan

PASIR GUDANG, SABTU, 20 Julai, 2013: Polis menerima 39 laporan setakat ini berhubung kerja meletup batu kuari sehingga menyebabkan seorang pekerja kilang maut manakala 10 lagi cedera dalam kejadian tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata 32 laporan diterima daripada pemilik kenderaan dan bakinya daripada pemilik kilang yang terjejas ekoran kejadian itu.

Beliau bagaimanapun berkata sebarang maklumat tidak dapat didedahkan kerana siasatan lanjut sedang berjalan dengan kerjasama Jabatan Geosains dan Mineral Johor serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH). - BH

No comments:

Post a Comment