My Add

Tuesday 23 July 2013

Lima maut banjir kilat di Korea Utara

SEOUL. SELASA, 23 Julai, 2013: Hujan lebat yang melanda Korea Utara sejak Jumaat lalu menyebabkan banjir kilat, sekali gus meragut lima nyawa penduduk awam.

Agensi berita Korean Central semalam melaporkan, banjir kilat itu menyebabkan banyak kerosakan pada infrastruktur termasuk kediaman penduduk awam.

"Kira-kira 6,060 kediaman musnah, menyebabkan 23,770 penduduk kehilangan tempat tinggal," menurut laporan itu yang memetik sumber perkhidmatan cuaca.

Tiga orang turut dilaporkan hilang dalam bencana alam itu. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment