My Add

Sunday 14 July 2013

Mati di padang bola

Oleh AZIAN AZIZ

 * INILAH tiang gol yang menghempap kepala Nguyen Chee Ming di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi, Klang Jaya, Selangor, kelmarin.
KLANG, SABTU, 13 Julai, 2013: Seorang pelajar lelaki tingkatan dua maut selepas ditimpa tiang gol besi di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi, Klang Jaya di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 petang ketika mangsa, Nguyen Chee Ming, 14, mengikuti Pendidikan Jasmani bersama rakan sekelasnya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, berdasarkan laporan yang diterima, pelajar lelaki itu dikatakan bergayut pada tiang gol itu bersama beberapa rakan sebelum tiang itu terjatuh dan menghempapnya.

"Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kanan kepala segera dikejarkan ke hospital. Bagaimanapun dia meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mohamad, kematian pelajar itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan bedah siasat dilakukan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment