My Add

Sunday 21 July 2013

Mati diserang lelaki bersenjata

PULAU PINANG, SABTU, 20 Julai, 2013: Seorang lelaki mati dengan kesan tetakan di bahagian kepala dan badan selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di lorong belakang taman perumahan Lebuh Rambai 14, Air Itam di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.55 petang, mangsa, G. Durintheran, 24, mati semasa dirawat di Unit Kecemasan Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat kecederaan parah di lengan kanan dan kiri, bahu kanan, belakang badan, belakang kepala dan atas kepala.

Semasa kejadian, mangsa yang tinggal di Halaman Mayang, Bayan Baru di sini dikatakan telah diserang oleh sekumpulan lelaki India yang menunggang motosikal pelbagai jenis sambil membawa parang panjang.

Mangsa yang tidak sempat menyelamatkan diri akhirnya rebah di atas jalan lalu dibelasah kumpulan lelaki terbabit.

Menurut sumber, sebaik pihak polis tiba di lokasi kejadian, mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan ketika itu mangsa masih stabil dan dikejarkan ke HPP dengan ambulans.

"Pemeriksaan di tempat kejadian telah menjumpai dua kelonsong peluru jenis SME 9 milimeter, malah soal siasat dengan beberapa penduduk di sekitar kawasan terbabit turut terdengar bunyi seperti mercun," katanya.

Dalam pada itu sumber memberitahu, siasatan juga mendapati mangsa tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

dan memberitahu kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment