My Add

Wednesday 24 July 2013

MB gembira perjalanan PRK bermula baik

BESUT, RABU, 24 Julai, 2013: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berpuas hati dengan kelancaran proses pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang berlangsung dengan aman hari ini.

Ahmad seterusnya menyeru para penyokong kedua-dua belah agar tidak menimbulkan provokasi sehingga boleh menjejaskan keamanan dan keselamatan.

"Keluar lah mengundi dengan aman dalam menunaikan tanggungjawab sebagai sebuah negara demokrasi," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita ketika meninjau perjalanan proses pembuangan di luar pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baharu, Kuala Besut dekat sini hari ini.

Beliau tiba kira-kira pukul 8.50 pagi dengan ditemani isterinya, Toh Puan Seri Norliza Mahmud. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment