My Add

Thursday 25 July 2013

Melaka lokasi majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri

MELAKA, KHAMIS, 25 Julai, 2013: Melaka telah dipilih untuk menjadi tuan rumah Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat kebangsaan yang dijadual diadakan pada 30 Ogos ini.

Ketua Menteri, Datuk Idris Haron ketika mengumumkan perkara itu berkata, kerajaan negeri telah menetapkan majlis bersejarah itu akan diadakan di Stadium Hang Tuah bermula pukul 8.30 hingga 10.30 malam.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijadual menghadiri majlis rumah terbuka itu yang dijangka dihadiri kira-kira 30,000 tetamu.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Pusat kerana memilih Melaka sebagai lokasi sambutan majlis rumah terbuka peringkat kebangsaan kali ini.

"Saya kira pemilihan Melaka sebagai lokasi sambutan adalah tepat kerana Melaka berada di atas dalam kegiatan pelancongan dan kita sudah bersedia menyajikan sambutan paling menarik,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menerima pingat The Global Leader daripada Lion Club di pejabatnya Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau menambah, majlis tersebut akan diserikan lagi dengan sambutan Ambang Kemerdekaan negara peringkat negeri yang akan diadakan di lokasi yang sama pada malam tersebut.

Katanya, pelbagai persembahan kebudayaan meliputi semua kaum di negeri ini akan diadakan bagi memeriahkan dua sambutan sekali gus. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment