My Add

Thursday 25 July 2013

Premis judi 'tapis' pengunjung elak diserbu polis

Oleh MALINDA ABDUL MALIK

PULAU PINANG, KHAMIS, 25 Julai, 2013: Operasi berterusan polis ke atas premis perjudian haram di negeri menyebabkan tiga pengusaha kegiatan itu 'menapis' setiap pengunjungnya menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sebelum dibenarkan masuk.

Bagaimanapun, taktik tersebut tidak berjaya menghalang polis apabila ketiga-tiga premis berkenaan diserbu dalam operasi khas yang disertai pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri malam tadi.

Serbuan bermula kira-kira pukul 9 malam sehingga awal pagi itu di tiga premis di Lebuh Noordin, Jalan Air Itam dan Lebuh Gat Maccalum.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Nasir Salleh berkata, dalam serbuan itu tiga lelaki yang menjaga premis dan seorang pelanggan ditahan.

Menurutnya, kesemua mereka merupakan rakyat tempatan berusia antara 20 hinggan 60 tahun.

"Kebanyakan pengusaha premis mesin judi di negeri ini menjalankan operasi secara rahsia. Mereka akan tutup pintu hadapan dan hanya menggunakan pintu belakang sebagai laluan masuk utama pelanggan yang dikenali.

"Taktik itu menyebabkan polis sering berdepan kesukaran untuk memasuki premis perjudian di beberapa kawasan berikutan tindakan licik pengusaha kegiatan haram tersebut," katanya dalam sidang akhbar hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment