My Add

Friday 5 July 2013

POKB terima Anugerah Cemerlang

Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 04 Julai, 2013: Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) dipilih menerima Anugerah Kecemerlangan dalam Pengurusan Komuniti dalam majlis Anugerah Pengurusan Kecemerlangan Antarabangsa (GEMA) 2013 anjuran Institut Pengurusan Malaysia (MIM) di sini hari ini.

Penyampaian Anugerah tersebut disempurnakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan diterima oleh Presiden POKB, Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad dalam majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu.

Ketika ditemui pemberita, Sheikh Ahmad Dusuki menyifatkan anugerah tersebut sebagai satu pengiktirafan besar kepada POKB secara keseluruhan terutama ahli-ahlinya.

“Anugerah ini juga sudah tentu meningkatkan semangat kami bagi mengukuhkan objektif persatuan dalam membina jaringan antara orang Kota Bharu dari pelbagai latar belakang yang diketahui cukup ramai di kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya ini," katanya.

Yang turut hadir Presiden MIM, Tun Mohammed Hanif Omar, Pengerusi MIM, Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther serta Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Nazily Mohd. Noor.

GEMA 2013 yang pertama kali diadakan itu mempertandingkan 23 anugerah lain yang turut menyaksikan Pengasas Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Lim Kok Wing dipilih menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat manakala Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah dipilih menerima Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif Global Tahunan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment