My Add

Wednesday 17 July 2013

Nur Idayu tiba di Jakarta, sampai di KL esok

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA

JAKARTA, SELASA, 16 Julai, 2013: Nur Idayu Abd. Aziz, 34, yang dilarikan empat warga Indonesia akan tiba di Malaysia esok selepas semua urusan dan dokumen membawanya pulang ke pangkuan keluarga berjaya diselesaikan dengan bantuan pejabat imigresen Malaysia di sini.

Nur Idayu yang tiba di Jakarta dari Surabaya awal pagi tadi ditemani suaminya, Mohd. Riduan Abd. Razak, dalam keadaan selamat tetapi difahamkan masih 'kebingungan'.

Usaha Utusan Online bertemu Nur Idayu dan Mohd Riduan juga tidak dibenarkan oleh seorang pegawai Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang membantu usaha membawa Nur Idayu kembali ke tanah air. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment