My Add

Sunday 21 July 2013

Pasar nelayan di Kuala Besut akan dibina September ini: Ismail Sabri

 *TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir pada Majlis Himpunan Nelayan dan Peladang di Dataran Kuala Besut, hari ini. Turut hadir calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (kanan). - Foto Yazit Razali
JERTIH, SABTU, 20 Julai, 2013: Pembinaan pasar nelayan bernilai RM200,000 di Jeti Kuala Besut dijangka bermula September ini dan bakal memberi faedah kepada 1,000 nelayan untuk
menambah pendapatan mereka dan mengelak daripada manupulasi harga orang tengah.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembinaan pasar nelayan itu memberi peluang kepada golongan berkenaan untuk mendaratkan ikan dan terus boleh menjual kepada pengguna.

"Kepada nelayan mereka boleh terus menjual kepada pengguna, kepada pengguna pula ikan tidak melalui pihak lain mereka dapat harga lebih murah.

"Dalam hal ini, untung kepada kedua-dua pihak iaitu nelayan dan pengguna," kepada pemberita ketika melawat kawasan yang dicadangkan pembinaan pasar nelayan terbabit.

Katanya, peruntukan untuk membina pasar nelayan terbabit sudah ada dan akan dibina dalam tempoh terdekat.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, pihkanya turut memperuntukkan RM1 juta untuk membaiki Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malasia (LKIM) dan sedang membina kilang air batu bagi kemudahan nelayan.
Katanya, kerajaan menyasarkan pembinaan 100 pasar nelayan di seluruh negara.

Pasar nelayan terbabit itu adalah yang pertama seumpamanya di Terengganu. - BH

No comments:

Post a Comment