My Add

Monday 22 July 2013

Peluang pelajar kenali etnik di Malaysia

KUALA LUMPUR, AHAD, 21 Julai, 2013: Kementerian Pendidikan menyifatkan kebimbangan pihak-pihak tertentu kononnya Tamadun Islam dan Tamadun Asia berunsur Islam serta tidak sesuai untuk dijadikan mata pelajaran yang wajib untuk diambil oleh pelajar bukan Islam adalah tidak tepat.

Sebaliknya Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Morshidi Sirat menegaskan, dengan adanya mata pelajaran itu, para pelajar diberi peluang untuk lebih mengenali kumpulan etnik terutamanya di Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa kandungan kursus tersebut bukan hanya mengandungi tamadun Islam tetapi juga tamadun Melayu, Cina, India dan masa depan tamadun.

"Kandungan silibus bukan mengenai aspek pengajian Islam tetapi aspek ketamadunan dan sejarah serta sosiologi," katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut beliau, pengenalan mata pelajaran itu pada 2006 di institusi pengajian tinggi awam dan wajib diambil oleh semua pelajar Melayu, Cina, India serta bumiputera Sabah dan Sarawak membuktikan perkara itu bukan masalah sehingga ada yang memperolehi keputusan cemerlang.

"Dalam hal ini, mata pelajaran ini diajar dalam bahasa Melayu bagi mengukuhkan dasar memartabatkan bahasa Melayu. Hanya Tamadun Islam dan Tamadun Asia serta Hubungan Etnik diwajibkan pengajaran dalam bahasa Melayu. Kaedah pengajaran berinovatif dan kreatif serta menggunakan teknologi mampu mengatasi kebimbangan tersebut," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment