My Add

Sunday 28 July 2013

Pemandu lori maut ditetak lima lelaki

Oleh AZRAI MOHAMMAD

KUALA LUMPUR, AHAD, 28 Julai, 2013: Seorang pemandu lori mati setelah ditetak bertubi-tubi oleh lima lelaki di sebuah bengkel di Jalan Besar Kundang, ST Muhibbah Kundang, Gombak dekat sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 petang ketika mangsa, S. Alexander, 44, yang berasal dari Kampung Baru Kundang menghantar keretanya untuk diperbaiki di premis tersebut.

Mangsa kemudian diserang oleh lima lelaki bersenjatakan parang dan memakai topeng yang menaiki dua buah kereta iaitu masing-masing jenis BMW 5 Series dan Proton Waja.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, lengan serta di kedua-dua belah tangan dan kaki.

"Alexander dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapat rawatan namun disahkan mati pada pukul 7.20 petang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahim, siasatan di tempat kejadian oleh sepasukan anggota Unit Forensik telah menemui sebilah parang di atas jalan serta kesan-kesan tompokan darah.

"Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment