My Add

Monday 22 July 2013

Pengakap bantu pengunjung Masjid Nabawi

 * SEORANG pengakap memberi bantuan kepada seorang pengunjung di luar Masjid Nabawi di Madinah, semalam. - AGENSI
MADINAH, Arab Saudi, AHAD, 21 Julai, 2013: Pusat Perkhidmatan Sukarelawan Pengakap Ramadan (RSVS) di Madinah melancarkan program membantu pengunjung yang datang ke Masjid Nabawi bersempena bulan Ramadan.

Ketua RSVS, Saleh Mohammad berkata, kira-kira 300 pengakap akan menjadi penunjuk arah kepada pengunjung yang datang ke Masjid Nabi sepanjang bulan Ramadan ini.

Katanya, mereka akan membantu pengunjung yang sesat dan warga emas yang berada di dalam dan sekitar masjid.

Menurutnya, kumpulan pengakap itu turut akan bekerjasama dengan badan amal lain untuk mengagihkan makanan ketika majlis berbuka puasa di masjid tersebut dan di Masjid Dhul Halaifah.

"Bagi memastikan pergerakan kenderaan dan pejalan kaki sentiasa lancar, mereka juga akan membantu polis trafik.

"Kumpulan pengakap ini akan bekerja dalam dua syif dengan syif pertama akan mula bertugas pada pukul 4.30 petang dan syif kedua pula selepas solat Maghrib," kata Saleh.

Saleh berkata, kumpulan pengakap itu turut akan menawarkan program pembelajaran budaya serta kemahiran komunikasi dan kepimpinan. - AGENSI/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment