My Add

Wednesday 10 July 2013

Penuntut Malaysia no. 1 ujian di Kuwait 2013

KUALA LUMPUR, SELASA, 09 Julai, 2013: Penuntut Malaysia Muhammad Safiuddin Mohd. Soyong mendapat tempat pertama dalam Ujian A-Level Aliran Agama Peperiksaan Sijil Penilaian Menengah Umum Kuwait 2013, dengan memperoleh 98.18 peratus markah.

Muhammad Safiuddin, 20, menerima sijil, pingat emas dan saguhati sebanyak 300 Dinar Kuwait (RM3,340) dari National Bank of Kuwait, menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait, hari ini.

Pencapaian anak kelahiran Kota Baharu, Kelantan, itu diumumkan Menteri Pendidikan dan Menteri Pengajian Tinggi Kuwait Nayef Al-Hajraf pada Ahad lalu.

Muhammad Safiuddin diraikan bersama semua pelajar cemerlang di satu majlis penyampaian anugerah yang berlangsung di Hotel Jumeirah, Kuwait semalam. Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Kuwait Datuk Adnan Othman.

Menurut kenyataan itu, beliau memperolehi 5A bagi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2005 dan 10A bagi Peperiksaan Menengah Rendah Ugama (PMRU) pada 2007.

Muhammad Safiuddin meneruskan pelajaran di Institut Islam Kuwait pada 2008 di atas tajaan kerajaan Kuwait sehingga menduduki peperiksaan Sijil Penilaian Menengah Umum Kuwait pada 2013 dengan keputusan cemerlang. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment