My Add

Monday 15 July 2013

Polis terima satu kejadian bakar bendera parti

JERTIH , ISNIN, 15 Julai, 2013 : Polis menerima satu kejadian bakar bendera parti di Bulatan Kampung Lampu dilaporkan pada kira-kira jam 5.51 pagi tadi, kata Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kes itu daripada pasukan keselamatan yang melakukan rondaan di sekitar tempat kejadian.

"Satu laporan sudah diterima dan kita akan menjalankan siasatan dengan terperinci. Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan," katanya.

"Elakkan melakukan perkara seperti merosakkan, membakar dan menurunkan bendera parti lain. Ini akan menimbulkan tanggapan yang tidak baik antara kedua-dua parti yang bertanding," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Besut di sini, sebentar tadi.

Kamaruddin turut menasihatkan penyokong parti supaya berkempen secara profesional dan tidak menimbulkan provokasi terhadap penyokong parti lain. - BH

No comments:

Post a Comment