My Add

Monday 22 July 2013

Program pemutihan nelayan masih diteruskan

 * IMAIL Sabri (kiri) tertarik melihat enjin sangkut sambil diperhatikan oleh para peserta kursus membaiki enjin sangkut pada Program Agro-Belia Nelayan di Pejabat Perikanan Kuala Besut, Terengganu, semalam.
BESUT, AHAD, 21 Julai, 2013: Program pemutihan nelayan masih diteruskan bagi memastikan bantuan dan insentif disalur dan dimanfaatkan mereka yang benar-benar layak menerimanya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, program itu melibatkan semakan satu persatu butiran nelayan yang menerima bantuan sara hidup serta pembelian diesel murah.

Beliau berkata, program pemutihan terbabit akan bermula di Bachok, Kelantan dan diikuti negeri lain.

"Bukan kerana tidak percaya kepada nelayan tapi ada yang nakal-nakal. Ada yang mendaftar tapi tidak ada bot pun. Pada pusingan pertama, program pemutihan itu tidak begitu cekap dan lengkap.

"Selepas diaudit kita lihat ada beberapa kelemahan daripada apa yang telah kita buat," katanya selepas menyampaikan bantuan sempena Program Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Pulau Perhentian, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Terengganu, Nawi Mohamad, Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Mohad Khazin Hamzah dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Hashim Abdullah. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment