My Add

Sunday 21 July 2013

Projek dalamkan muara Sungai Besut mula 2014: Muhyiddin

 * CALON Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (kiri) beramah mesra dengan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia yang sudah membuang undi awal pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri N.01 Kuala Besut di Dewan Serbaguna Pangkalan Tentera Uda
JERTIH, SABTU, 20 Julai, 2013: Projek mendalamkan muara Sungai Besut bernilai RM250 juta dijangka dimulakan pada 2014 dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun atau dua tahun setengah sekali gus memberikan kesan limpahan positif kepada kawasan Kuala Besut, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pelaksanaan projek terbabit akan dimulakan selepas kajian teknikal dikendalikan perunding yang dilantik Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri selesai membabitkan kos RM500,000.

"Projek ini akan mengubah situasi dan keadaan yang ada di Kuala Besut. Kesan limpahan kepada pembangunan ekonomi dan menjadi kawasan pertumbuhan baru serta menjana pendapatan berganda.

"Malah nelayan boleh kerap turun ke laut. Kita juga akan membina pelabuhan kecil dan bandar kecil Kuala Besut dapat dimajukan sebagai kawasan perniagaan dan tentunya menambah peluang pekerjaan.

"Sebab itulah kita tidak teragak-agak supaya projek ini dapat disiapkan secepat mungkin," katanya ketika berucap pada majlis Himpunan Warga Nelayan dan Peladang Kawasan Besut di Dataran Besut, di sini, sebentar tadi.

Hadir sama, isteri beliau, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri di Jabatan

Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil. 

Pembinaan benteng ombak di kuala Sungai Besut dapat menghalang ombak dan gelombang besar yang membawa pasir sehingga menjadikan muara sungai cetek.

Selain itu, Muhyiddin turut mengumumkan pembinaan empangan rendah bernilai RM35 juta di Pangkalan Nangka bagi membolehkan pesawah menanam padi dua kali setahun membabitkan sawah kira-kira 900 hektar.

"Empangan di Pangkalan Nangka sudah dibina lama tapi selalu rosak menyebabkan 900 hektar sawah ditanam dua kali semusim tak boleh dilaksanakan. Apabila keupayaan empangan ini ditingkatkan operasi tanaman padi lebih baik dan sawah ditanam semula, dua kali setahun seterusnya menaikkan pendapatan daripada 4 metrik tan sehektar kepada 5.5 metrik tan sehektar," katanya. 

Sementara itu, Idris berkata, projek mendalamkan kuala Sungai Besut dapat menjadikan kawasan berkenaan sebagai gerbang pelancongan antarabangsa
termasuk projek pembinaan hotel dan pusat peranginan serta pusat perahu layar.

Katanya, benteng pemecah ombak akan dibina sejauh kilometer dari kuala sungai terbabit sehingga Pangkalan Atap dan jarak yang sama sehingga keAir Tawar bagi menjadikan air sungai bertambah dalam.  - BH

No comments:

Post a Comment