My Add

Tuesday 23 July 2013

RM11.5 juta naik taraf kemudahan di HRPZ II

KOTA BHARU, SELASA, 23 Julai, 2013; Sebanyak RM11.5 juta diperuntukan oleh Kementerian Kesihatan untuk menaikan taraf kemudahan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dekat sini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, peruntukan tersebut membabitkan pembinaan Makmal Invasive Cardiology bernilai RM10 juta dan pembelian perlatan Fluoroscopy berjumlah RM1.5juta.

Beliau berkata, kemudahan tersebut dijangka meningkatkan lagi keupayaan dan mutu perkidmatan hospital berkenaan kepada masyarakat di negeri ini serta sebahagian dari negeri Terengganu.

"Pembinaan makmal ini akan memudahkan kajian asas berkaitan dengan kes-kes jantung untuk menentukan keperluan dan jenis pembedahan yang diperlukan. Kerja-kerja pembinaan makmal ini dimulakan sebelum akhir tahun ini.

"Jika sebelum ini mereka terpaksa berkongsi dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), dengan adanya makmal ini rawatan ke atas pesakit dapat dijalankan dalam tempoh yang lebih singkat dari sebelumnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke HPRZ II di sini hari ini. Yang turut hadir, Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment