My Add

Monday 22 July 2013

RM144 juta sebulan bantu nelayan

 * MUHYIDDIN Yassin (tengah) menyampaikan sumbangan elaun sara hidup nelayan kepada wakil nelayan sambil diperhatikan Ismail Sabri Yaakob (dua dari kiri) di Dataran Kuala Besut, kelmarin.
BESUT, AHAD, 21 Julai, 2013: Kerajaan Barisan Nasional (BN) menangkis tuduhan pembangkang yang mengatakan segala bentuk bantuan disediakan kerajaan termasuk bantuan nelayan kononnya untuk meraih undi semata-mata.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan melaksanakan segala bentuk bantuan kepada nelayan sejak hampir empat tahun lalu dan konsisten hingga sekarang.

"Semua bantuan diberikan sejak 2009 lagi. Bantuan sara hidup nelayan sebanyak RM200 sebulan pun telah lama kita bagi demi meringankan bebanan mereka," ujarnya.

Beliau berucap pada Program Himpunan Warga Nelayan dan Peladang Besut Bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini semalam.

Beliau berkata, kerajaan melalui kementerian berkenaan membelanja sebanyak RM144 juta sebulan untuk bantuan sara hidup membabit 60,000 nelayan di seluruh negara.

"Bukan masa pilihan raya sahaja kita bagi, tapi tiap-tiap bulan kita bagi. Itu bantuan sara hidup tidak termasuk bantuan lain seperti baik pulih rumah," katanya.

Katanya, bagi bantuan baik pulih rumah, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM300 juta untuk dibahagi kepada nelayan yang layak.

Kerajaan BN jelas beliau, sentiasa bekerja untuk rakyat tidak kira sama ada musim pilihan raya atau sebaliknya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment