My Add

Friday 12 July 2013

Rogol: Atlet Sukma mengaku tidak bersalah

 * TIGA atlet bola baling mewakili Wilayah Persekutuan pada Sukma 2013, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya semalam, atas tuduhan merogol seorang pegawai tambahan wanita pasukan bola baling di perkampungan sukan, UPM, minggu lalu. - UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH
PETALING JAYA, KHAMIS, 11 Julai, 2013: Tiga atlet lelaki Sukan Malaysia (Sukma) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang pegawai tambahan pasukan bola baling di perkampungan sukan, Universiti Putra Malaysia (UPM) minggu lalu.

Adib Adha Ismail, 18; Muhammad Shaizzad Md. Shafie, 19; dan Megat Farzeril Faiz Megat Razali, 19, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 20 tahun di UPM.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment