My Add

Friday 5 July 2013

Saya tidak akan tarik balik pendedahan - Teck Meng

 Liang Teck Meng
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 04 Julai, 2013: Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) bertegas tidak akan menarik balik pendedahannya berhubung pemilikan 20 akaun di luar negara termasuk di Israel oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dibuatnya dalam sesi perbahasan Dewan Rakyat kelmarin.

Sebaliknya, beliau yang bangkit sebelum bermula sesi perbahasan hari ini terus mempertahankan pendedahannya itu sambil menegaskan hujahnya itu berkaitan dengan soal keselamatan negara memandangkan adanya petanda kuasa dari luar mahu campur tangan dalam sistem politik Malaysia.

Beliau memberi contoh isu Suaram yang menggunakan syarikat Suara Inisiatif Sdn. Bhd., dalam menjalankan kegiatannya.

''Kedua, saya menyentuh tentang temuramah Jusuf Kalla, bekas Naib Presiden Indonesia yang dibuat di Merdeka Online. Beliau cukup yakin adanya kuasa ketiga yang campur tangan dalam politik Malaysia.

''Juga, saya menyebut maklumat yang tersebar dalam internet yang Permatang Pauh mempunyai 20 akaun di luar negara yang mana sembilan daripada 20 akaun berada di Israel National Bank," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membuat penjelasan berhubung pendedahannya itu pada sesi perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong lewat petang kelmarin.

Sebelum itu, Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) bertanyakan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengenai status notis yang dihantarnya semalam untuk membolehkan satu usul dibuat bagi merujuk Ahli Parlimen Simpang Renggam itu ke Jawatankuasa Kebebasan dan Hak Parlimen.

Pandikar Amin kemudian berjanji akan menelitinya selepas isu itu dibangkitkan oleh ahli Parlimen berkenaan.

''Saya tidak boleh menentukan apa hukuman yang setimpal atau pun apa-apa di dalam soal-soal begitu, sekiranya ada mohon maaf 'unconditional', bermakna kita terima, isu selesai.

''Namun apabila saya mendengar Simpang Renggam, dia tidak mohon maaf pun, jadi apa yang saya terima notis daripada Jelutong, saya akan teliti. Selepas itu saya akan membuat tindakan yang sewajarnya," kata Pandikar Amin lagi.

Bercakap lebih lanjut, Teck Meng berkata, permohonan maaf hanya akan dibuat sekiranya hasil siasatan kerajaan terhadap perkara yang dibangkitkan itu mendapati tiada campur tangan oleh kuasa luar.

''Saya tidak akan tarik balik Yang Dipertua. Dalam perbahasan Tian Chua (PKR-Batu) tanya saya sama ada perkara ini ada di dalam WikiLeaks. Saya menjawab, kecuali YB tidak melayari internet. Saya tidak boleh cakap apa sebab semua ada dalam Internet. Saya tidak akan tarik balik," ujarnya.

Sementara itu, antara petikan Teck Meng di dalam hansard Parlimen bertarikh 2 Julai lalu, beliau menyatakan;

''Peristiwa kedua ialah mengenai maklumat yang didedahkan oleh WikiLeaks. Ia telah membongkarkan seorang bekas pemimpin negara yang masih duduk dalam Dewan yang mulia ini yang mempunyai 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah simpanannya mencecah AS$66 juta dan S$49 juta.

Sebanyak 20 akaun bank masing-masing adalah dengan izin Tuan Yang Dipertua saya baca satu-persatu. Citibank -AS$10 juta, UOB - S$5.5 juta, BBS - S$8 juta, Bank of China - AS$3.5 juta, Citibank - AS$4 juta yang hebat ini, Israel National Bank - AS$6.5 juta, American Express Bank - AS$5 juta, American Express Bank - AS$5 juta, Israel National Bank - AS$10 juta, Israel National Bank - AS$5 juta lagi Israel - National S$5 juta.

Setiap akaun juga ada maklumat terperinci Tuan Yang Dipertua termasuk nama si pemegang akaun, jawatan, nombor pasport, jenis akaun, nombor akaun, tarikh pembukaan dan juga tarikh pematangan fixed deposit.

Saya cuma baca satu sahaja dengan izin, name Mr. Anwar bin Ibrahim. Deputy Prime Minister passport number D283767(M). Bank - City Bank. Type of account fix deposit foreign currency two years. Account number

Seorang Timbalan Perdana Menteri, kita tahu gaji berapa. Kita tahu gaji berapa, kita tahu elaun gajinya berapa. Macam mana boleh ada simpanan wang begitu besar dan dimasukkan ke dalam bank pada masa yang hampir sama.

Ada sebanyak sembilan akaun daripada 20 akaun adalah berada di Israel National Bank." - UTUSAN

No comments:

Post a Comment