![]() |
* HISHAMMUDDIN Tun Hussein beramah mesra dengan lima penerima sijil penghargaan The Malaysia Book of Records sempena perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, Abd. Rahim Bakri (lima dari kanan) dan Zulkifeli Mohd. Zin (empat dari kanan). - Bernama |
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sub modul itu akan mula diajar kepada kumpulan perintis PLKN selepas Ogos ini dan bermula semalam, jurulatih program khidmat negara itu sudah menjalani latihan mengenai modul berkenaan.
"Pengorbanan anggota keselamatan yang sanggup menggadaikan nyawa demi kedaulatan negara perlu dicontohi oleh setiap rakyat dan berasaskan inspirasi itu, ketika ini Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) sedang merangka sub modul agar pelatih menghayati Op Daulat.
"Sekiranya projek perintis ini berjaya, mulai tahun depan semua pelatih PLKN akan diwajibkan mengikuti sub modul ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan pertamanya bersama warga Kementerian Pertahanan, di sini hari ini.
Yang turut hadir timbalannya, Datuk Abd. Rahim Bakri; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ismail Ahmad; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.
Sempena perhimpunan bulanan itu, beliau menyampaikan sijil The Malaysia Book of Records kepada lima pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membantu kejayaan juruterbang termuda negara, Kapten James Anthony Tan mengelilingi dunia secara solo.
Ditanya apakah sub modul itu untuk diterapkan ke sekolah pada masa depan agar semangat patriotik mampu disemai semenjak di dalam bilik darjah lagi, Hishammuddin berkata, sekiranya langkah tersebut berjaya di peringkat PLKN, tiada sebab mengapa sekolah mesti berkecuali.
Mengulas lanjut, beliau memberitahu, selain memperkenalkan sub modul berkenaan, JLKN juga telah mengenal pasti 25 pesara tentera yang memegang pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa dan Panglima Gagah Berani untuk berkongsi pengalaman dengan pelatih PLKN.
"Mereka akan berkongsi pengalaman semasa menjalankan tugas menjaga keselamatan negara dan kita harap, pengalaman serta pergorbanan para pahlawan negara ini mampu mempertingkatkan lagi semangat patriotik dalam kalangan generasi muda," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Hishammuddin berkata, Kementerian Pengangkutan dan Pertahanan akan dikoordinasikan agar aset di bawah kedua-dua kementerian itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam menjamin kedaulatan negara.
Jelasnya, sejak 40 tahun lalu, tiada koordinasi tersusun antara kedua-dua kementerian berkenaan kerana Kementerian Pengangkutan lebih memberi perhatian kepada aspek awam dan komersial, sedangkan perkara itu boleh diselaras agar soal keselamatan negara mampu ditingkatkan.
Mengenai Op Sanggah yang menggantikan Op Daulat di Zon Selamat Sabah Timur (Esszone) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), katanya, aset-aset tambahan kritikal seperti radar pengawasan maritim serta radar penjejak akan ditambah dalam masa terdekat. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment