My Add

Thursday 4 July 2013

Tangani isu Laut China Selatan melalui dialog - Anifah

KUALA LUMPUR, RABU, 03 Julai, 2013: Malaysia menegaskan bahawa sebarang pertelingkahan berkenaan Laut China Selatan seharusnya ditangani melalui dialog secara aman dan rundingan berlandaskan prinsip Undang-Undang Antarabangsa.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman (gambar) berkata, ini termasuklah Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut 1982.

Beliau berkata demikian dalam Forum Serantau ASEAN (ARF) dan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar - Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS-FMM) di Brunei Darussalam semalam.

Dalam kenyataan dikeluarkan oleh Wisma Putra hari ini, Anifah juga menyarankan negara peserta ARF memperkukuhkan penyelarasan dan kerjasama untuk meningkatkan kesiapsiagaan dan kapasiti menangani ancaman keselamatan siber.

Sementara itu, menteri luar negara peserta ARF turut bertukar-tukar pandangan dalam sesi pemukiman mengenai cabaran keselamatan di rantau ini termasuk perkembangan di Laut China Selatan, proses perdamaian di Asia Barat dan situasi di Semenanjung Korea dan Syria.

Mereka turut membincangkan isu ancaman keselamatan bukan tradisional seperti bencana alam, keganasan, pengedaran dadah, penyeludupan dan pemerdagangan manusia, keselamatan siber dan kegiatan lanun.

Anifah berkata, sidang kemuncak itu telah melalui banyak perubahan semenjak penubuhannya di Kuala Lumpur pada 2005. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment