My Add

Friday 19 July 2013

Seri Paduka berkenan rasmi Masjid Khalid Al Walid

 * TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menerima potret kenangan daripada Hishammuddin Tun Hussein pada majlis perasmian Masjid Khalid Al-Walid, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 18 Julai, 2013: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan merasmikan Masjid Khalid Al Walid di Jalan Padang Tembak, di sini hari ini.

Seri Paduka turut berkenaan berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib berjemaah bersama kira-kira 1,000 warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Yang turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata, masjid yang beroperasi sejak 1985 tersebut dinaik taraf pada 2007 dan siap sepenuhnya pada 2011.

"Kos naik taraf itu menelan perbelanjaan lebih RM25 juta dengan dilengkapi lebih banyak kemudahan untuk kegunaan jemaah.

"Jika dahulu masjid ini mampu menampung kira-kira 3,000 jemaah, kini dapat memuatkan lebih 10,000 jemaah pada satu-satu masa," katanya ketika berucap pada majlis tersebut. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment