My Add

Saturday 6 July 2013

Subjek asas perniagaan dicadang di sekolah

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR

SEREMBAN, SABTU, 06 Julai, 2013: Kementerian Kewangan mencadangkan supaya mata pelajaran asas perniagaan diterapkan dalam pembelajaran di sekolah menengah ke arah melahirkan lebih ramai usahawan khususnya dalam kalangan bumiputera

Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Maslan berkata, inisiatif berkenaan perlu dilaksanakan segera sebagai platform untuk mengalakkan pelajar untuk menceburi bidang berkenaan khususnya kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang gagal mendapat tempat di universiti.

"Hanya 15 peratus daripada lepasan SPM berjaya mendapat tempat di universiti, maka apa akan terjadi kepada jumlah yang selebihnya, kita tidak mahu mereka yang tidak mendapat tempat ini terus bekerja di kilang.

"Maka dengan ilmu usahawan yang kita terapkan ini, mungkin ia akan mendorong mereka untuk membuka perniagaan sendiri selepas tamat persekolahan sekali gus membolehkan mereka menjana pendapatan yang lebih tinggi berbanding bekerja makan gaji," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Dataran Usahawan di Seremban 2 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment