My Add

Monday 8 July 2013

Syarikat milik wanita perlu dapatkan ISO

KUALA LUMPUR, AHAD, 07 Julai, 2013: Bank Negara Malaysia (BNM) telah melaksanakan syarat bagi pinjaman isi rumah termasuk mengehadkan tempoh pinjaman yang mana pakar ekonomi berpendapat dapat mengawal pinjaman berlebihan oleh pengguna dan membendung spekulasi hartanah.

BNM berkata, pihaknya kini hanya membenarkan pinjaman peribadi untuk tempoh sehingga 10 tahun manakala pembiayaan untuk hartanah kediaman dan bukan kediaman akan mempunyai tempoh bayaran balik maksimum 35 tahun.

Sebelum ini, pengguna dibenarkan memohon pinjaman peribadi dan hartanah masing-masing sehingga 25 dan 45 tahun.

Sementara itu, BNM turut mengumumkan pengharaman "produk pembiayaan peribadi pra-diluluskan", pinjaman yang tidak diminta dan menawarkan kad kredit, berkuatkuasa serta merta.

Walaupun tempoh pinjaman yang panjang boleh mengurangkan bayaran bulanan, ia menggalakkan pengumpulan hutang yang berlebihan dan pengguna dibebani dengan hutang keseluruhan yang lebih tinggi, kata BNM Jumaat lalu.

Ketua Ekonomi Kumpulan dengan firma kewangan RAM Holdings, Yeah Kim Leng berkata, mengetatkan pinjaman kredit direka untuk membendung hutang isi rumah daripada kenaikan berlebihan.

"Sesetengah pengguna meminjam dengan sepenuhnya. Kerajaan mahu mengurangkan pinjaman berlebihan dan membendung spekulasi hartanah, "katanya.

Dalam pada itu, pakar ekonomi dari Kenanga Investment Bank, Wan Suhaimi Saidi memberitahu tindakan tersebut sebagai positif untuk ekonomi kerana ia dapat mengelak daripada 'possible bubble burst' dalam pinjaman isi rumah jika pengguna terus menikmati pinjaman yang mudah.

Bagaimanapun BNM berkata, isi rumah yang mempunyai keupayaan kewangan untuk mengambil pinjaman akan terus menikmati akses kepada pembiayaan.

Kim Leng menolak kemungkinan kenaikan kadar faedah kerana tindakan itu akan menjejaskan pertumbuhan di negara ini yang bergantung kepada eksport di tengah-tengah ekonomi global yang lemah.

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang lima hingga enam peratus tahun ini disokong oleh permintaan domestik yang kukuh. -AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment