My Add

Saturday 6 July 2013

Tak perlu bawa pulang rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 05 Julai, 2013: Keadaan di Mesir ketika ini dilaporkan selamat serta terkawal dan tiada keperluan untuk Malaysia membawa pulang 9,101 orang penuntut dan rakyatnya ke tanah air.

Perkara itu dinyatakan jurucakap Kedutaan Malaysia di Kaherah yang sentiasa memantau perkembangan negara tersebut khususnya melibatkan keselamatan 8,898 orang penuntut Malaysia yang kebanyakannya menuntut di beberapa buah universiti di Kaherah, Iskandariah dan Mansurah.

Menurut beliau, pihak kedutaan turut menghubungi wakil-wakil penuntut Malaysia untuk mengemaskini maklumat semasa selain memberi amaran kepada mereka supaya mengehadkan perjalanan terutama di Kaherah.

“Sebahagian daripada penuntut kita juga sudah pulang ke tanah air atau berada di luar Mesir kerana telah tamat peperiksaan.

“Yang masih ada ialah mereka yang belum menamatkan peperiksaan semester dan ahli keluarga tidak perlu risau kerana keadaan selamat dan buat masa ini tiada keperluan untuk menghantar mereka pulang ke tanah air," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment