My Add

Monday 15 July 2013

Tak rugi tutup Kedutaan Vatican City

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL

Add caption
PULAU PINANG, AHAD, 14 Julai, 2013: Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) menyifatkan Vatican City tidak memberikan apa-apa manfaat walaupun negara berkenaan membuka kedutaannya di Malaysia.

Penyelaras JMPP, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin (gambar) berkata, negara itu tidak memberikan sumbangan dalam pertumbuhan ekonomi dan perpaduan umat Islam, sebaliknya tindakan Dutanya ke Malaysia, Biskop Joseph Marino mengeluarkan kenyataan tidak wajar berhubung isu penggunaan kalimah Allah hanya memburukkan lagi keadaan.

"Mereka ini boleh diibaratkan sebagai kembar kepada Israel dan seharusnya diusir dari negara kita. Malaysia tidak rugi apa-apa pun jika kedutaan mereka ditutup di sini.

"JMPP menyokong penuh pendirian tegas yang disuarakan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam-Melayu seperti Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) yang mahu Marino diusir dan pejabat kedutaan Vatican City ditutup," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pendirian NGO Islam-Melayu yang mahu kerajaan menutup kedutaan Vatican City di ibu negara dan mengusir Biskop kerana keceluparan mengeluarkan kenyataan yang mencampuri hal ehwal dalaman negara.

Mengulas lanjut, Mohamed Hafiz berkata, umat Islam di negara ini tanpa mengira fahaman politik harus bersatu dan menyatakan pendirian tegas apabila berhadapan dengan pihak tertentu yang berani mencabar kesucian Islam dan kalimah Allah.

Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Belia negeri, Mohamad Saud berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas supaya menjadi pengajaran kepada pihak lain agar mereka tidak mengulangi perbuatan mengeluarkan kenyataan berbahaya.

"Tindakan tegas penting supaya kita tidak nampak lemah apabila berhadapan dengan isu sebegini.

"Pada masa sama, pihak luar perlu menghormati cara dan kaedah yang Malaysia amalkan dalam perkara tertentu dan jangan sewenang-wenangnya masuk campur," katanya.

Jelasnya, ketegasan yang ditunjukkan oleh kerajaan penting untuk kesan jangka panjang. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment