My Add

Thursday 11 July 2013

Tangguh pelaksanaan Parlimen Belia hingga awal 2014

 Nik Abduh Nik Aziz
KUALA LUMPUR, RABU, 10 Julai, 2013: Kementerian Belia dan Sukan menangguhkan pelaksanaan Parlimen Belia sehingga awal tahun depan bagi memastikan proses pemilihan Parlimen itu melibatkan majoriti golongan belia.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, setakat ini, hanya 15,516 belia mendaftar secara dalam talian sebagai pemilih di 222 kawasan Parlimen.

Menurut beliau, terdapat beberapa kawasan Parlimen yang mempunyai tujuh pemilih sahaja, sekali gus tidak menggambarkan perwakilan sebenar.

"Kementerian sedang dalam proses melihat semula pelaksanaan Parlimen Belia dari tahun lalu hingga awal tahun depan supaya kita mempunyai Ahli Parlimen yang mewakili majoriti belia di Malaysia," katanya ketika menjawab soalan tambahan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pas-Pasir Mas) dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah Khairy, kementerian juga berharap dapat membincangkan aspek pembangunan belia termasuk pelaksanaan Parlimen Belia dengan Dewan Pemuda Pas.

Menjawab soalan tambahan Anuar Abd. Manap (BN-Sekijang) berhubung penganjuran Festival Belia, beliau memberitahu, acara itu akan diperluaskan di peringkat daerah dan negeri sebelum mencapai kemuncaknya di Putrajaya.

"Kita mahu semangat Festival Belia di Putrajaya itu dirasai di seluruh pelosok tanah air. Jika sebelum ini, futsal kita anjurkan di peringkat daerah maka kali ini kita perbanyakkan lagi aktiviti berbentuk 'Road to Putrajaya' seperti debat, tilawah dan sukan-sukan lain," ujarnya.

Jelas Khairy, dengan cara itu, Festival Belia akan menjadi lebih hampir dengan rakyat di peringkat akar umbi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment