My Add

Wednesday 10 July 2013

Tarikh dengar bantahan 4 kerusi pilihan raya di KL ditetapkan

KUALA LUMPUR, SELASA, 09 Julai, 2013: Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menetapkan tarikh untuk mendengar bantahan awal oleh pempetisyen dan responden berhubung petisyen pilihan raya difailkan bagi empat kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Hakim Pilihan Raya, Datuk Zabariah Mohd. Yusoff menetapkan 17 Julai untuk mendengar bantahan bagi kawasan Setiawangsa, 22 Julai bagi kawasan Batu, 23 Julai bagi kawasan Titiwangsa dan 24 Julai bagi kawasan Lembah Pantai.

Zabariah menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas berjumpa dengan peguam yang mewakili semua pihak terbabit dan peguam kanan persekutuan yang mewakili Pegawai Pilihan Raya (RO) bagi setiap kawasan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Peguam Rajesh Kumar Sharma yang mewakili Ibrahim Yaacob, calon PKR bagi kawasan Setiawangsa, memberitahu pemberita, anak guamnya juga telah memfailkan permohonan bagi penemuan iaitu pemohon memohon perintah mahkamah untuk membuka peti undi dan paterinya sebelum dihantar kepada pakar tulisan untuk dianalisis.

Katanya, permohonan mengikut Perintah 26 Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954 itu disokong dua afidavit, dan pempetisyen (Ibrahim) mendakwa dua saksi yang bertindak sebagai ejen pilihan raya telah mengesan corak dan stail pangkah pada kertas undi mempunyai sedikit persamaan yang menunjukkan kemungkinan berlaku manipulasi dalam undi pos. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment