My Add

Saturday 13 July 2013

TEKUN mampu beri RM200 juta pinjaman

PUTRAJAYA, JUMAAT, 12 Julai, 2013: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional yang mengeluarkan pinjaman bernilai RM330 juta pada separuh penggal pertama tahun ini masih mempunyai dana lebih RM200 juta untuk diagihkan.

Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan berkata, jumlah dana tersebut dijangka dapat memberi manfaat kepada kira-kira 20,000 peminjam pada separuh penggal kedua tahun ini.
Beliau berkata, walaupun hanya diberi peruntukan sebanyak RM350 juta tahun ini tetapi kadar bayaran balik pinjaman yang tinggi membolehkan tabung itu mempunyai dana mencukupi untuk meluluskan lebih banyak pinjaman baharu.

"Kadar bayaran balik adalah pada 85 peratus iaitu satu keadaan yang agak baik. Golongan yang biasanya memanfaatkan dana kita ialah peniaga kecil-kecilan khususnya sektor peruncitan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, TEKUN Nasional berjaya membolot dua anugerah antarabangsa di Jerman dan Mongolia baru-baru ini melalui perkhidmatan pinjaman inovatif yang ditawarkan tabung berkenaan. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment