My Add

Saturday 20 July 2013

Tiada rundingan Palestin-Israel

 * PRESIDEN Palestin, Mahmoud Abbas (kiri) menghadiri satu pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Palestin di Ramallah, Tebing Barat, kelmarin. Pemimpin Palestin sepakat menolak usaha menyambung rundingan damai dengan Israel yang dilakukan Amerika Syarikat. - REUTERS
RAMALLAH, JUMAAT, 19 Julai, 2013: Pemimpin-pemimpin Palestin semalam menolak rancangan untuk menyambunsemula rundingan damai dengan Israel yang diusahakan oleh Amerika Syarikat (AS).

Penolakan itu dibuat oleh Majlis Revolusi Palestin daripada parti pimpinan Presiden Mahmoud Abbas, Parti Fatah, yang mahukan perubahan dilakukan.

Badan utama dalam Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) termasuk kumpulan sayap kiri, enggan berkompromi dan menyatakan telah memberi maklum balas rasmi kepada Setiausaha Negara AS, John Kerry.

Seorang ahli Parlimen Palestin, Mustafa Barghuti berkata, 'kebanyakan kumpulan' dalam PLO menolak pelan damai yang diusahakan oleh Kerry.

Anggota Jawatankuasa Eksekutif PLO, Wasel Abu Yusef pula berkata, pemimpin-pemimpin Palestin telah 'memutuskan untuk membentuk satu jawatankuasa bagi memberi respons kepada pelan damai tersebut.

"Kerry tidak memberi jaminan untuk menghentikan pembinaan penempatan haram atau tentang pematuhan sempadan 1967," katanya.

Pelan damai yang diusahakan Kerry hanya berdasarkan komitmen untuk memperlahankan pembinaan penempatan haram Yahudi di wilayah yang dijajah Israel di Palestin tanpa sebarang hitam putih atau mengumumkan pembekuan penempatan tersebut.

Seorang lagi pegawai kanan Fatah berkata, parti itu mahu perubahan kepada apa yang telah dipersetujui oleh Abbas.

"Fatah mahukan beberapa perubahan kerana pelan damai yang diusahakan oleh Kerry itu tidak menggalakkan untuk kembali ke meja rundingan," kata pegawai yang enggan dikenali itu. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment