My Add

Monday 22 July 2013

Tiga maut gempa bumi 5.9 skala Richter landa China

BEIJING, ISNIN, 22 Julai, 2013: Satu gempa bumi kuat berukuran 5.9 skala Richter menggegarkan wilayah pergunungan Gansu, barat China awal hari ini menyebabkan tiga orang maut.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) gempa yang berlaku pada pukul 7.45 pagi (7.45 pagi waktu Malaysia) itu bagaimanapun tidka menyebabkan kerosakan besar.

Pusat gempa terletak 151 kilometer ke barat bandar Beidao, wilayah Gansu pada kedalaman 9.8 kilometer di bawah tanah.

USGS berkata, satu gempa susulan turut melanda wilayah sama pada pukul 9.12 pagi (9.12 pagi waktu Malaysia) pada kedalaman 10.1 kilometer. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment