My Add

Saturday 20 July 2013

Tiga tahun laksana rancangan pastikan bekalan elektrik cukup - Ongkili

LABUAN, SABTU, 20 Julai, 2013: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air memerlukan tiga tahun untuk melaksanakan rancangan yang sedang dirangka bagi memastikan negara ini mempunyai bekalan tenaga elektrik mencukupi.

Menterinya, Datuk Dr Maximus Ongkili, berkata menerusi rancangan dan strategi yang dirangka itu negara akan mempunyai bekalan tenaga surplus atau setidak-tidaknya mencukupi, dalam tempoh 10 tahun akan datang.

"Buat masa ini bekalan tenaga untuk Semenanjung Malaysia dan Sarawak mencatatkan surplus 30 peratus namun di Sabah masih perlukan perhatian serius," katanya kepada pemberita selepas melawat loji tenaga Patau-Patau dan mendengar taklimat bekalan air di sini hari ini.

"Masalah bekalan tenaga di Sabah adalah disebabkan jidar yang kecil. Pengeluaran kira-kira 1,100 megawatt (MW), manakala keperluan masa puncak antara 890 MW hingga 900 MW, justeru hanya ada sedikit surplus kira-kira 200 MW," katanya.

Beliau juga membangkitkan pelbagai masalah yang mengekang bekalan tenaga di Sabah termasuk kecurian kabel dan gangguan meter. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment