My Add

Saturday 20 July 2013

Tindakan tegas, tiada dikecualikan jika persenda agama - Ahmad Shabery

KUALA BESUT, SABTU, 20 Julai, 2o013: Mereka yang mempersenda atau menghina agama menerusi laman sosial tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata amaran itu meliputi semua agama di negara ini dan tindakan ke atas pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee adalah peringatan kepada yang cuba berbuat demikian.

"Ini memberi amaran kepada semua pihak bahawa soal mempersenda agama jangan dibawa main-main. Jangan hanya kata pihak bukan Islam tidak boleh sentuh perasaan orang Islam tetapi orang Islam sekalipun mesti berhati-hati dalam kenyataan, tidak menyentuh perasaan orang lain," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan pelepasan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat negeri Terengganu di sini hari ini.

Pasangan Tan dan Lee dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersenda umat Islam dan Ramadan menerusi laman sosial Facebook serta memuat naik gambar lucah dalam blog mereka.

Ditanya jika ada pihak yang menyalah guna laman sosial untuk memfitnah semasa kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut sekarang, beliau berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan mengenai perkara itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment