My Add

Sunday 14 July 2013

Tunjuk perasaan diteruskan

 * AHLI-AHLI Ikhwanul Muslimin dan penyokong Morsi berkumpul di Dataran Rabaa Adawiya, Kaherah untuk meneruskan protes mereka.
KAHERAH, SABTU, 13 Julai, 2013: Puluhan ribu penyokong Mohammed Morsi berarak di Kaherah pada Jumaat untuk meneruskan protes atas tindakan tentera menggulingkan bekas Presiden Mesir itu pada 3 Julai lalu.

Para penyokong Ikhwanul Muslimin memenuhi Jalan Ramses, dekat Dataran Tahrir dan jambatan tempat pertempuran sengit dengan kumpulan anti-Morsi tercetus minggu lalu.

Di Dataran Tahrir, ribuan rakyat yang menuntut Morsi meletak jawatan berkumpul beramai-ramai. Jarak yang hanya beberapa ratus meter antara kedua-dua kumpulan itu mencetus kebimbangan mengenai kemungkinan keganasan berlaku lagi.

Jumaat minggu lalu, pertempuran di seluruh Mesir antara kedua-dua belah pihak menyaksikan 35 maut dan beratus-ratus yang lain cedera.

Tiga hari kemudian, tentera menembak mati 53 orang penyokong Ikhwanul Muslimin di hadapan ibu pejabat Pengawal Republikan, lokasi Morsi ditahan.

Tuntutan Ikhwanul Muslimin yang mahu kuasa Morsi dikembalikan nampaknya tidak akan dilayan.

Dalam perkembangan berkaitan, Washington buat pertama kalinya menggesa pihak tentera membebaskan Morsi.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Jeneral Psaki memberitahu, AS setuju dengan permintaan Jerman sebelum ini yang mendesak Morsi dibebaskan.

Washington mahu halangan pergerakan Morsi ditamatkan. Jerman pula mencadangkan satu badan yang dipercayai seperti Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah diberi akses untuk berjumpa dengan Morsi. - Agensi/KOSMO!

No comments:

Post a Comment